Komuniti Kita Suka
Semenjak dua menjak aku memang kena terjebak dengan self-promoting. Kira paksa-rela lah. Tengok cara kerja orang lain yang bersungguh-sungguh buat kerja buat aku percaya siapa lagi nak angkat diri kalau bukan kita sendiri. Hidup ni senang je kalau orang kasih sesama sendiri dan tak dengki mendengki. Aku harap aku tak gila glamor dan apa yang aku buat hanyalah cari makan macam orang lain juga. Dan aku tak mengharap pun platform aku jadi drama ganti Foodpanda. (please lah babi betul siapa nganjing aku macamni)
Berbalik pada tujuan utama aku nak kongsi. Itu sahaja.
Mungkin sekarang aku survive hidup macam sekarang dan tak perlu lagi pandang belakang disebabkan doa-doa stranger yang tak putus-putus. It's okay, I will start small. Siapa tak nak kaya hidup senang ye dak? Tapi aku rasa tak bermakna bila pengisiannya tak ada.
Dan aku terbaca this one random post berbunyi, kalau Tuhan angkat kita jadi sesuatu (somebody) lebih baik naikkan taraf memberi dari naikkan taraf hidup. So tak perlulah aku bagi tahu satu dunia kalau betul pun aku bersedekah. Tak perlulah aku heboh satu alam bila aku kongsi hasil usaha aku. Kalau tangan kanan memberi pun tangan kiri tak perlu tahu, kenapa perlu hashtag bagai setiap perkara baik yang kita buat kan?
Of course, Komuniti Whatsapp, the purpose is business tapi objektif aku lebih pada mengumpulkan orang-orang yang aku jarang ada masa dan beri peluang pada orang macamana aku pernah diberi peluang. Sekali orang sindir aku, "Ada ke orang nak order?". Aku sentap. Dia menyedarkan aku tak ramai sebenarnya yang fikir apa yang aku fikir.
Jadi ya, kalau tak berkelapangan, joinlah group komuniti whatsapp!
Comments
Post a Comment